Posts

CERMIN SENJA

Image
Tikala dunia ini suram tanpa sebatang lilin, tikala dunia ini sepi tanpa kelibat manusia, tikala dunia ini hilang dari lingkarannya, ketika itu tercari-cari dimana asalnya diri, dimana perginya yang hilang. Ketika kau berbuat baik pada dunia, malah cacian yang kau dapat

JANJI SETIA

Image
Pertemuan adalah sebuah kenangan yang akan mengucapkan sebuah janji. Pertemuan juga akan memisahkan yang dua kembali menjadi satu. Sesuai dengan kalimat diucapan bibirnya bahawa kita akan berjalan bersama-sama seiring dengan waktu. Namun, tiada ucap dan tiada kata, kadang-kala semuanya harus mengalami perpisahan. Begitulah kejadiannya. Kita yang mulai kita juga yang akhirinya. Bagai sebuah lautan yang bersatu tapi ada sempadan waktu, barat, timur, utara dan selatan. Dulu kata-kata manis berbicara, kita akan belajar sama-sama, kita akan kerja sama-sama dan kita akan hidup sama-sama. Namun, janji tidak pernah dimungkiri tetapi keadaan akan membatalkan janji itu seperti membisikan angin yang hilang tanpa kembali dan yang kembali adalah wajah baru. 

KELOPAK RINDU

Image
Nenek menunggu kepulangan cintanya tetapi tidak ada yang ingin menyambut kasih sayangnya itu. Aku pula masih mengharap agar lelaki yang bernama Imran itu meluahkan perasaannya kepadaku. Tetapi, seperti dia ingin menjauh. Kenapa kami dipertemukan lalu berpisah jua.

LANGIT ABADI

Image
 Sewaktu ayah masih ada, dihatinya juga hanya kamulah satu-satunya. Sehingga dia meninggal hanya namamulah yang disebutnya. Tetapi hati kak Maya selalu berjuang untuk tidak bersedih. Maka, pulanglah ibu merinduimu”  - Maya -  21 Ogos 2015 

SIMPANG KEMBALI

Image
Hari ini aku mengerti, mengapa tuhan itu maha penyayang lagi maha mengetahui. Manusia itu lemah selemah-lemah manusia dan baik sebaik-baik manusia. Maka atas keizinan-Nya, percaya kepada dirimu sendiri untuk membimbing dirimu kepada tuhannya. 

SURAT TIDAK BERSEMPADAN

Image
Orang yang pertama sekali mengajar aku erti cinta adalah insan yang bergelar seorang ibu. Tangan halusnya ibarat daun yang berguguran jatuh tanpa minta apa-apa balasan. Dialah ibu seorang wanita yang pertama kali membuat hatimu tenang dan sedih bila dia mula hilang. Aku tidak pernah menyedari cintanya tetapi aku belajar menghargai bila itu terjadi di depan mata. 

KABUS HARAPAN

Image
Ini kisah Kak Zila. Kisahnya bermula apabila dia dapat melanjutkan pelajarannya ke Universiti Malaysia Sabah. Suatu hari itu, kak Zila berlari mendapatkan kami berlima dengan senyuman yang gembira. Ditangannya sepucuk surat digengam erat. Begnya yang lusuh tidak dilepaskan dari bahunya, kak Zila terus menerpa kami berlima, dengan nada yang tersekat-sekat dan nafas yang turun naik. Kak Zila menghembuskan nafas panjang. Kami waktu itu bersedia mendengar apa yang ingin dikatakannya. Kak Zila menatap lama, wajah satu-persatu dilihatnya kemudian tiba-tiba air matanya mengalir di depan kami. Kami waktu itu terdiam seribu bahasa sambil mendengar apa yang ingin disampaikannya. Lalu kak Zila pun Membuka bicara.           “Macam mana, kuih habis terjual ka?” katanya bersahaja. Kak Zila mengelap air matanya kemudian tersenyum.