KABUS HARAPAN


Ini kisah Kak Zila. Kisahnya bermula apabila dia dapat melanjutkan pelajarannya ke Universiti Malaysia Sabah. Suatu hari itu, kak Zila berlari mendapatkan kami berlima dengan senyuman yang gembira. Ditangannya sepucuk surat digengam erat. Begnya yang lusuh tidak dilepaskan dari bahunya, kak Zila terus menerpa kami berlima, dengan nada yang tersekat-sekat dan nafas yang turun naik. Kak Zila menghembuskan nafas panjang. Kami waktu itu bersedia mendengar apa yang ingin dikatakannya. Kak Zila menatap lama, wajah satu-persatu dilihatnya kemudian tiba-tiba air matanya mengalir di depan kami. Kami waktu itu terdiam seribu bahasa sambil mendengar apa yang ingin disampaikannya. Lalu kak Zila pun Membuka bicara.
          “Macam mana, kuih habis terjual ka?” katanya bersahaja. Kak Zila mengelap air matanya kemudian tersenyum.

Comments

Popular posts from this blog

SIMPANG KEMBALI

JANJI SETIA

LANGIT ABADI