Posts

Showing posts from March, 2019

KABUS HARAPAN

Image
Ini kisah Kak Zila. Kisahnya bermula apabila dia dapat melanjutkan pelajarannya ke Universiti Malaysia Sabah. Suatu hari itu, kak Zila berlari mendapatkan kami berlima dengan senyuman yang gembira. Ditangannya sepucuk surat digengam erat. Begnya yang lusuh tidak dilepaskan dari bahunya, kak Zila terus menerpa kami berlima, dengan nada yang tersekat-sekat dan nafas yang turun naik. Kak Zila menghembuskan nafas panjang. Kami waktu itu bersedia mendengar apa yang ingin dikatakannya. Kak Zila menatap lama, wajah satu-persatu dilihatnya kemudian tiba-tiba air matanya mengalir di depan kami. Kami waktu itu terdiam seribu bahasa sambil mendengar apa yang ingin disampaikannya. Lalu kak Zila pun Membuka bicara.           “Macam mana, kuih habis terjual ka?” katanya bersahaja. Kak Zila mengelap air matanya kemudian tersenyum.

LAUTAN SEPI

Image
“Suatu hari nanti, sekiranya ayah tiada. Jangan bersedih, jangan berduka-cita. Tujuan hidup ayah hanyalah satu, mendidik dan mengajarimu pahit manis kehidupan. Ayah pernah memukulmu itulah pahitnya, dan manisnya ayah akan selalu menyayangimu dari hujung kaki hingga ke hujung rambutmu. Ayah tiada kedudukan apa-apa di dunia tetapi ayah mendapat kedudukan istimewa di hatimu, anakku. Ayah banyak belajar atas kehadiranmu di muka bumi ini. Anakku, engkau adalah guru sebaik-baik guru. Engkau adalah ujian sebesar-besar ujian di muka bumi ini dan engkau adalah hadiah yang terindah sebaik-baik syurga. Kalau ayah boleh melawan takdir, tidak ingin ayah berikan nyawa ini pada sang pencipta. Ayah ingin meminta peluang sekali lagi untuk terus menjagamu, anakku. Namun, bunga yang kembang tidak akan selamanya mekar. Ada waktu belum berkembang sudahpun ajal memanggil. Kenangan menjadi seorang ayah ini akan selalu bertunas dihati ayah” ~Ayah yang merinduimu~