LAUTAN SEPI
“Suatu
hari nanti, sekiranya ayah tiada. Jangan bersedih, jangan berduka-cita. Tujuan
hidup ayah hanyalah satu, mendidik dan mengajarimu pahit manis kehidupan. Ayah
pernah memukulmu itulah pahitnya, dan manisnya ayah akan selalu menyayangimu
dari hujung kaki hingga ke hujung rambutmu. Ayah tiada kedudukan apa-apa di
dunia tetapi ayah mendapat kedudukan istimewa di hatimu, anakku. Ayah banyak
belajar atas kehadiranmu di muka bumi ini. Anakku, engkau adalah guru
sebaik-baik guru. Engkau adalah ujian sebesar-besar ujian di muka bumi ini dan
engkau adalah hadiah yang terindah sebaik-baik syurga. Kalau ayah boleh melawan
takdir, tidak ingin ayah berikan nyawa ini pada sang pencipta. Ayah ingin
meminta peluang sekali lagi untuk terus menjagamu, anakku. Namun, bunga yang
kembang tidak akan selamanya mekar. Ada waktu belum berkembang sudahpun ajal
memanggil. Kenangan menjadi seorang ayah ini akan selalu bertunas dihati ayah”
~Ayah
yang merinduimu~

Comments
Post a Comment